
Sulit
4 tahun
Kaki kanan bengkak setelah pulang umrah
assalamualaikum dan salam sejahtera doktor…sy eza…nak tumpang tanya…mak mentua saya baru balik dari umrah selama 14 hari…dia berumur 65 tahun…hotel di mekah dlm 50 meter. jadi dia ulang alik ke hotel setiap kali waktu solat…balik kaki kanan dia bengkak…sy risau dan pujuk dia pergi klinik…tp dia tak suka pi klinik dan tak suka mkn ubat…apa yg blh sy bantu mama yea doktor…setahu sy letak kaki atas bantal yg tinggi…sapu minyak angin dikaki…atau letak ais di kaki…betul ke yea

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak di satu sisi kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman (Cellulitis)
- Trombosis urat dalam (DVT)
- Keradangan dalam tisu kaki akibat kecederaan atau penyakit lain (eg: gout, osteoarthritis atau artritis reumatoid)
Memandangkan gejala ini terjadi pada seorang wanita yang berusia, adalah amat dikhuatiri ia adalah petanda masalah yang kebih serius. Justeru, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.