
Sulit
4 tahun
Kaki kebas(kiri) dan tidak tidur malam
Saya remaja 14 tahun… saya sering kebas dibahagian kaki kiri kadang kala ia tidak mahu bergerak… saya juga di maklumkan saya jenis calsium kurang. Adakah itu normal? Kemudian saya juga tidak boleh tidur malam sejak beberapa bulan lalu… adakah itu baik untuk pelajar?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala kebas yang sering dialami juga boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- tanda gangguan tidur atu kekurangan rehat (baca: extreme fatigue)
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan saraf
- gangguan muskuloskeletal
- komplikasi kekurangan nutrisi
- komplikasi obesiti
- dan lain-lain
Ya, gangguan tidur juga merupakan gejala yang dapat berlaku di usia muda dan sekiranya tidak diatasi dengan baik, dapat mengakibatkan gejala sakit kepala, kegelisahan yang melampau, gangguan untuk memberi fokus di siang hari dan lain-lain
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
- dan mendapatkan rawatan sekiranya gejala berterusan
Namun untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat ( sekiranya perlu ) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.