Sulit
5 tahun
Kaki kiri ngilu dari atas pinggul kiri hingga buku lali
Salam sejahtera, kaki saya dah seminggu buat hal. Akan ngilu kaki kiri jika silap posisi ketika baring dan lutut sentiasa berbunyi ketika bangun dr duduk. Bila time bersin saya akan cuba tahan sbb bila saya bersin mcm di tarik bahagian kaki belah kiri
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan mengenai maslaah anda. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah ligament atau sendi lutut
Masalah tulang saraf belakang
Masalah tulang
Masalah otot
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi jika masalah ini berlarutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































