
Sulit
4 tahun
Kaki kiri saya tidak berasa selesa sejak kebelakangan ni
Saya lelaki 20-an dan saya ada masalah kaki kiri yang berdenyut tapi tidak terlalu kuat dan apabila saya tidur dan bangun keesokan paginya, kaki kanan saya yang terasa kebas. Adakah itu petanda saya diabetes?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas yang anda alami boleh disebabkan:
- Anaemia (kurang sel darah merah)
- Penyakit berkait saluran darah akibat merokok, darah tinggi atau diabetes
- Kekejangan otot akibat kurang vitamin B, potassium atau kalsium
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.