natashaamlizam
5 tahun
Kaki rasa tidak selesa
Saya sllu mnghadapi sakit kaki seperti di cucuk jarum,lutut berbunyi & membuatkn kaki rsa rasa tidk selesa…yg membuat sy teggngu untk berbuat kerja harian & tidur d wktu malm…ianya membuat rsa terpaksa merengang lebih 20 minit
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Kekejangan otot
- Penyakit kencing manis/obesiti
- Masalah pada saraf di bahagian kaki
- Penyakit artritis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































