
Sulit
4 tahun
Kaki sakit akibat terseliuh
Pada bulan 2 saya jatuh tangga Kat sekolah. Kemudian say pergi mengirut kaki dengan kawan saya .lama kelamaan bengkak Kat kaki saya dah surut tapi…sampai sekarang kaki saya masih sakit . Bila saya Cuba until menggerakkan kaki saya, IA akan menghasilkan bunyi.Sampai sekarang saya Tak pergi klinik until mendapat rawatan. Sekarang apa yang harus say buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada kaki hingga buku lali anda boleh disebabkan:
- Kecederaan seperti terseliuh ataupun tekanan pada kaki lama sangat seperti berjalan/berlari
- Tekanan pada saraf kaki - akibat pemakaian kasut tidak elok, kurang vitamin B
- Radang fascia - “Plantar fasciatis”
- Kaki rata - “Flat foot” dan jika tidak mendapat kasut yang sesuai, boleh menyebabkan kesakitan
Anda tidak disarankan untuk membuat rawatan tradisional keran dikhuatiri ditipu serta mendapat rawatan yang salah. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.