
Sulit
4 tahun
Kaki selalu lenguh dari lutut hingga betis
Saya wanita berumur 28tahun,sakit bahagian kaki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf
- Kecederaan pada bahagian kaki
- Peripheral artery diseases
- Sindrom Guillen-Barre
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.