
arasu
6 tahun
Kalau saya positif hep B adakah saya tak boleh kahwin?
Kalau saya positif hep B adakah saya tak boleh kahwin?

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Anda boleh berkahwin kerana tiada undang-undang di Malaysia yang menyatakan bahawa pesakit hepatitis B positif tidak boleh berkahwin.
Namun demikian, virus hepatitis B merupakan sejenis virus yang merebak melalui cecair badan.
Oleh itu, virus ini akan merebak melalui hubungan kelamin tanpa perlindungan dan pasangan anda akan menpunyai risiko yang tinggi untuk menghidap hepatitis B.
Dari sudut moral dan etika, anda digalakkan untuk memberitahu pasangan anda bahawa anda ialah seorang pesakit hepatitis B sebelum berkahwin.
Selain itu, pastikan pasangan anda mendapatkan vaksinasi hepatitis B yang sepenuhnya sebelum berkahwin untuk mengurangkan risiko pasangan anda untuk menghidap jangkitan hepatitis B.
Selepas berkahwin, pastikan anda sentiasa memakai kondom semasa menjalin hubungan kelamin. Hepatitis B merupakan penyakit yang boleh dikawal dan disembuhkan.
Oleh itu, anda harus patuh mengambil ubat seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor dan menghadiri semua sesi susulan di klinik hepatitis.
Bahan-bahan yang boleh menjejaskan fungsi hati seperti minuman beralkohol juga harus dielakkan.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Pesakit Hepatitis B boleh berkahwin tetapi anda boleh menjangkiti pasangan anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memberitahu pasangan anda tentang kondisi anda.
Ini kerana Hepatitis B berjangkit melalui cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj) atau hubungan seksual.
Virus Hepatitis B boleh menyebabkan sirosis hati dan kanser hati. Pasangan anda disarankan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B dan menerima vaksin hepatitis B adalah perlindungan yang terbaik.
Vaksin hepatitis B dibuat dari virus yang tidak aktif dan dapat diberikan 3 kali dalam waktu 6 bulan. Ini akan membantu tubuh untuk merangsang antibodi untuk melawan virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.
Selain itu, amalkan hubungan seks yang selamat dan gunakan kondom. Anda boleh mengambil ubat anti virus seperti lamivudine (Epivir), adefovir (Hepsera), telbivudine (Tyzeka) and entecavir (Baraclude) untuk mengurangkan risiko penyakit hati dan mencegah penularan infeksi ke orang lain.