
syedmohd10.sm
4 tahun
Kanser Hati Tahap 4 dan bahaya jika ia telah merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain seperti perut atau usus
Salam, saya ingin bertanya tentang kanser hati. Isteri saya seorang penghidap kanser hati sejak tahun 2015. Simptom2 yang sering berlaku adalah sukar utk bernafas cepat letih sakit di bahagian dada, dalam badan panas dan mudah utk pitam. Sebelum bersalin isteri saya mengadu yang dia sakit di bahagian perut dan disangkakan kerana mengandung tetapi selepas bersalin rasa sakit di bahagian perut/usus masih lagi tidak sembuh. Boleh terangkan adakah kerana sel ini telah merebak ke bahagian?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sesak nafas atau sukar bernafas boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk makluman anda, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sakit perut di bahagian kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Kanser hati dapat merebak dengan cepat bergantung pada jenis barah. Hemangiosarcoma dan angiosarcoma jenis kanser hati menyebar dengan cepat, sedangkan karsinoma hepatoselular menyebar pada dengan kadar perlahan. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih