
Sulit
4 tahun
Kebas/semut2 ibu jari tangan kanan
Sy lekaki berumur 25thn asal sabah mengalami masalah ibu jari tangan kanan kebas/semut2 sejak 3hari lalu. Sy mula perasan sakit ini terjadi sejak sy mula berbasikal

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tanda-tadna gangguan tidur
- faktor kerja yang melampaui batas kemampuan tubuh
atau ia juga boleh menendakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan muskuloskeletal (osteoarthritis)
- gangguan saraf
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat ( sekiranya perlu ) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.