
nurfathin96
5 tahun
Kebas tangan dan sakit
Selamat malam…saya nak tanya doktor…mak saya berumur 48tahun berat badan lebih kurang 80kg ke 85kg…mak saya selalu sangat kebas tangan…kalau pegang sesuatu barang tu tak kan rasa…kebas tangan yang sakit menyucuk…tetapi mak saya ada darah tinggi dan hari2 makan ubat darah tinggi…nak tahu apa punca kebas tangan tu selalu sangat jadi waktu pagi dan waktu tengah tidur…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kencing manis
- Carpal Tunnel Syndrome
- Cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
- toksin
- masalah buah pinggang
- leprosy (kusta)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.