Sulit
4 tahun
Kebersihan dalaman dan luaran
Wanita dalam 20an. Gatal dan bintik merah dibahagian intim. Tak pernah jadi sebelum ni. Berbahaya tak? Ada ubat atau jalan penyelesaian? Terima ksih.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya gejala ini gatal pada alat kelamin (yang boleh disertai rasa panas, sakit ketika kencing atau gejala kerap kencing) boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Gangguan dermatitis kulit
- Jock itch
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Alahan produk kebersihan
- Vaginal douching
- Tabiat minum air yang banyak atau kelainan fungsi ginjal
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.

































