
Sulit
4 tahun
Kecederaan pada jari kaki
Saya telah cedera pada jari kaki semasa saya memakai kasut yang ketat dan menjatuhkan sesuatu yang berat pada jari kaki… Apakah kesan sekiranya tidak merawat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan kecederaan pada jari kaki yang anda alami. Untuk makluman anda, rawatan bagi kecederaan pada jari kaki perlu diberikan dengan kadar yang segera mengikut kepada tahap keparahan cedera yang anda alami.
Cedera ringan kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya tanpa pemeriksaan daripada doktor. Namun, sekiranya cedera yang anda alami tidak membaik dan mengganggu aktiviti anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Hal ini bagi mencegah jangkitan kuman, kerosakan saraf atau otot yang mungkin terlibat dan juga komplikasi lain bergantung kepada keadaan cedera yang anda alami.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.