seakwai.wg
5 tahun
Kedatangan haid lambat
Pd 2 feb, saya pergi derma darah, masa ni, saya belum datang haid lagi. Saya nk tanya, haid memang akan datang lambat ke kalau dah derma darah sebelum haid datang???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengatahuan pihak anda, terdapat banyak sebab untuk haid lewat. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Kembali kepada soalan puan. Oleh itu, menderma darah tidak akan menjejaskan kitaran haid.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
























