
Anonymous
2 tahun
Kegatalan di bibir kemaluan
Salam doc.Saya wanita berumur 30tahun,saya mengalami kegatalan di bibir kemaluan yang akhirnya mnjadu kurap di kawasan tersebut. Saya telah pun mengambil ubat candid v1. Perlu tak saya mbeli ubat krim utk mnyapu di kawasan kurap tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda kegatalan pada alat sulit biasanya disebabkan oleh jangkitan yis atau dipanggil candidiasis. Namun begitu, terdapat kemungkinan lain penyebab keputihan dan kegatalan tersebut seperti:
- Bacterial vaginosis
- Radang vulva atau vagina
- Jangkitan kelamin
Penggunaan alat pencuci vagina sememangnya merupakan salah satu faktor risiko jangkitan kulat, bacterial vaginosis dan radang pada kemaluan anda. Hubungan persetubuhan boleh menyebabkan jangkitan jika pasangan anda mengalami jangkitan dan menyebarkannya kepada anda ketika hubungan dilakukan.
Kegatalan pada vagina anda tidak akan mempengaruhi kitaran haid anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.