Sulit
4 tahun
Kegatalan Pada Faraj dan membuat saya tidak berasa selesa
Hi. Saya mengalami kegatalan pada faraj . Dan akan terasa sakit apabila terkena dengan air. Mungkin disebabkan saya mengaru. Saya sangat tidak selesa dengan keadaan saya sekarang Saya nak tahu punca dan cara mengatasi
Soalan Teratas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































