
Sulit
5 tahun
Kegatalan pada zakar
Saya lelaki lingkungan umur 20an saya mendapati ada bonjolan pada batang zakar saya dan terasa amat gatal serta terdapat bintik² merah pada kepala zakar saya sebanyak 3 tempat. Adakah penyakit ini serius atau pon normal? Harap dokter dapat membalas prtanyaan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Cyst
Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Sukar untuk membuat kesimpulan keadaan anda sama ada ianya serius atau normal. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.