
myabdrahim
2 tahun
Kejang paha juga betis
Saya seorang lelaki berumur 49 tahun, mengalami gemuk air, sekarang ini masalah kegemukan air agak pulih hampir 98%. Masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah otot paha rasa kejang sukar untuk naik tangga. Apa yang saya perlu lakukan untuk menghilangkan rasa kejang?
Rahim Armo

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca terjadinya kekejangan otot. Antaranya ialah :
- Kurang air (ini mungkin berpunca dari kekurangan air akibat dari untuk merawat masalah grmuk air encik)
- Kelemahan otot yang kurang aktif
- Otot keletihan akibat dari akitiviti yang lasak
- Otot kekurangan oksigen akibat dari keletihan otot yang berpanjangan
- Masalah buah pinggang
Cara untuk mengurangkan kekejangan ini ialah :
- Lawan otot yang sedang tegang atau regangkan otot tersebut
- Pesakit boleh menggunakan air untuk mengurangkan kesakitan lepas daripada kekejangan otot.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.