Anonymous
6 tahun
Kelewatan haid hampir setahun
Saya wanita 26tahun,sudah berkahwin . Tapi ada masalah haid yg sangat tidak teratur. Baru 3 tahun x teratur. Kekadang datang 3 bulan sekali, paling lewat 6 bulan yg pling teruk. Bila period kuantiti darah sgt sedikit. Second day dah x blooding dah. 2 3 hari ni saya rs x sedap badan ,mual & pening2. Sy try UPT , negatif . Adakah ni symptom utk PCOS?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Tetapi maklumat yang lebih lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan bukannya hanya disebabkan oleh PCOS. Antara punca yang lebih biasa ditemui adalah masalah hormon tidak seimbang berpunca daripada:
- Keletihan
- Stress
- Gaya hidup terlalu aktif
- Masalah berat badan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah tiroid atau pituitari
Haid tidak teratur juga boleh disebabkan oleh masalah pada struktur ovari, rahim atau cerviks.
Untuk makluman puan, Simptom-simptom PCOS yang penting adalah seperti:
- haid tidak teratur
- ketumbuhan rambut berlebihan
- ketumbuhan jerawat yang berlebihan
- obesity
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya anda mempunyai beberapa simptom yang diajukan di atas supaya boleh dapatkan rawatan yang bersesuaian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
























