Sulit
5 tahun
Keliru Covid 19 adakah perlu utk me lakukan ujian Dengan kondisi saya ini
Sy bru pulang dri Jakarta pd 28hb Feb lalu… Sejak 6hb lepas, sy mengalami sakit tekak Dan selsema, sakit kepala… Tetap I tidak demam Dan tidak batuk. Test pengesanan awal Covid juga telah sy lakukan Dan keputusan mengatakan sy berisiko tinggi utk dijangkiti Covid 19.
Please advise me sir, what should I do.
5 tahun
Salam sejahtera
Saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja balik dari Jakarta pada 28 Februari lepas, mengalami sakit tekk, selsema dan sakit kepala. Anda telah dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Langkah seterusnya adalah untuk mengikuti arahan daripada keputusan tersebut.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































