
Sulit
4 tahun
Keluar flek darah dan lewat haid
Salam doktor. Saya nak tanya 12hari bulan 9 saya datang hair pada 18,21,24bulan 9 saya berhubungan sama pacar …pada 14hari bulan 10saya mengalami flek darah hingga 18hari bulan 10…Lepas flek 1minngu sya melakukan test pack tapi negatif.adakah saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan yang anda hadapi iaitu haid lewat dan flek darah/ spotting. Untuk makluman anda, kehamilan dapat dipastikan dengan ujian kehamilan iaitu test pack/ UPT. Sekiranya ia negatif, kemungkinan anda hamil adalah rendah. Namun begitu, sekiranya anda masih ragu-ragu anda boleh melakukan ujian ulangan dengan evaluasi doktor/pegawai kesihatan.
Masalah haid lewat pula dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Flek darah atau spotting dapat disebabkan oleh beberapa penyebab iaitu:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!