Sulit
4 tahun
Keluar isi merah selepas sebulan bersalin
Saya wanita 19thn dan saya bru sebulan lepas bersalin tapi tiba-tiba keluar isi warna merah .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, isi warna merah yang keluar selepas sebulan bersalin tersebut boleh disebabkan oleh darah beku daripada darah nifas anda. Sepanjang tempoh berpantang, anda akan mengalami keluar darah yang dipamggil darah nifas. Namun darah nifas tersebut boleh terkumpul di dalam rahim anda dan menjadi darah beku di dalam rahim.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

































