
Sulit
4 tahun
Keluar Keputihan beserta ada sedikit darah
Saya wanita berumur 20an belum berkahwin menpunyai masalah keputihan yang bercampur sedikit darah… Adakah berbahaya? Sedangkan sudah hari ke15 selepas dtng haid… Dan ada rasa seperti segugut jugak sedangkan tiada darah yg keluar seperti haid pun hanya keputihan bercampur sedikit darah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda.
Gejala keputihan yang bercampur dengan darah yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- Ia mengganggu rutin harian anda
- Terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- Perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Diharapkan juga anda tidak melakukan hubungan bersama suami semasa haid, kerana ia adalah amalan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan jangkitan kelamin mudah berlaku.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.