Anonymous
6 tahun
Keluar keputihan dan kerap kencing di kemaluan
saya berumur 26 tahun. saya sudah pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan tetapi masih tiada jawapan. sudah buat ujian air kencing dan sample nanah tiada apa2. sekarang menunggu hasil dari lab dari klinik saya ingin tahu bagaimana perubatan untuk sakit ini
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejalayang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Doktor tidak memberi sebarang ubat sebelum mendapat ujian kerana khuatir kesan sampingan ubat. Keputihan merupaka perkara biasa bagi para wanita. Namun begitu, cik perlu berjumpa doktor segera jika terasa pedih semasa kencing, sakit pada bahagian kemaluan, demam, lemah, sakit badan, kencing berdarah, keputihan yang berbau busuk, lendir dari kemaluan yang berwarna selain daripada warna putih dan lendir yang berlebihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































