
Sulit
4 tahun
Keluar lendir berwarna koko
hai, saya nak tanya, saya last period pada 3/12/2020 sampai sekarang saya tidak datang period. Pada awal bulan 2 saya melakukan ujian pregnancy test dan keputusannya 2 line merah. Semalam saya dapati ada lendir berwarna coklat keluar. apakah simptom yang berlaku ke atas saya? adakah saya mengandung? apakah harus saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala tompokan atau lendir coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Dialami apabila jarak antara haid anda telah berubah. Apabila digandingkan dengan keputusan ujian ‘pregnancy test’ yang positif, ia boleh dikaitkan dengan tanda-tanda awal kehamilan
Walau bagaimanapun, ia juga boleh berpunca dari:
- Pemakaian kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan yang memerlukan rawatan doktor
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda berjumpa doktor di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah