
Sulit
4 tahun
Keluar lendir selepas bersama suami
Selamat sejahtera. Saya wanita berusia 24 tahun. Berat saya 40kg dan tinggi saya 156cm. Saya baru sahaja berkahwin sebulan yang lalu. Masalahyang saya hadapi selepas bersama suami, selepas sehari hingga hari ketiga terdapat lendir berwarna pink/coklat keluar dari faraj. Semasa bersama saya juga mengalami masalah faraj kering dan terpaksa menggunakan lubricant sebagai pelincir. Tetapi saya masih terasa sakit seperti melecet. Boleh saya tahu adakah itu perkara biasa bagi seseorang yang baru berkahwin dan apa perlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah lendir coklat atau pink ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium tumbuh di luar lapisan biasa (endometriosis)
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, Intrauterine device
Untuk masalah faraj kering pula, ia boleh disebabkan:
- kurang ransangan
- menopause
- breastfeeding
- mengambil ubatan seperti kontraseptif atau antidepresan
- mempunyai rahim anda dikeluarkan (histerektomi)
- menjalani rawatan kanser, seperti kemoterapi
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.