Sulit
3 tahun
Kemaluan pedih dan gatal
Saya wanita dalam 20’an. Sejak minggu lepas, kemaluan saya terasa gatal dan tak selesa. Saya anggap benda tu biasa sbb prnh terjadi tp tak lama. Masuk hari ketiga macam tu masa tu saya tengah period, masa tu jgk saya start pedih dkt bahagian kemaluan. Saya igt dia reda dalam beberapa hari, tp masih sama sampaikan saya nak tidur susah nak berjalan sakit duduk pun sakit. Mcm mana ya doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kemaluan pedih dan gatal. Untuk makluman anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan dan antaranya ialah jangkitan pada vagina, seperti:
- lichen sclerosis
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Sekiranya masalah ini berlarutan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih