
Sulit
5 tahun
Kemaluan saya mengalami luka kecil
Kemaluan saya mengalami luka dan menampakkan isi sedikit seperti dihiris. Apa yang perlu saya lakukan? Adakah berbahaya sekiranya tidak mendapatkan rawatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, luka ini akan sembuh sekiranya saiznya kecil. Anda boleh menjaga luka ini dengan menyapu krim antiseptic dan menutup luka ini. Anda harus mengelakkan aktiviti onani dan seks untuk luka anda pulih.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.