
Sulit
4 tahun
Kemaluan yang gatal dan cara mengatasinya
Saya wanita berumur 20an saya mengalami kegatalan faraj sudah agak lama terutama di bahagian vulva dan sehingga mengakibatkan ia melecet dan kenapa ia berlaku dan cara untuk mengatasinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal pada kemaluan, boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui cara mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda. Terima kasih