
sofiafaizal5
5 tahun
Kembali haid selepas 3 hari habis haid
Saya berumur 29 tahun, saya mempunyai haid yang tidak teratur. Panjang kitaran haid saya antara 30-35 hari. Dan tempoh haid saya 5-7 hari. Baru- baru ni saya baru habis haid dan saya haid kembali. Haid terakhir saya pada 29/12/2019 habis pada 5/1/2020. Dan pada 9/1/2020 saya megalami haid semula. Pada awalnya saya mengalami berak- berak. Saya sangka saya berak berdarah. Tapi bila saya periksa semula saya datang haid semula. Untuk pengetahuan doktor sebelum itu saya haid pada 17/11/2019 selama 5 hari dan makan pil perancang yasmin 2 kotak non stop kerana saya belum datang haid. Habis kotak ke 2 saya datang haid. Boleh saya tahu apakah masalah saya sebenarnya ya? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Haid yang normal adalah setiap 24 hingga 38 hari. Apabila haid anda datang lebih cepat daripada 24 hari, darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.