
Sulit
4 tahun
Kenapa hujung kaki saya selalu sejuk?
I am a women 20 years old… I selalu kesejukkan pada hujung kaki ,apa punca kesejukkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kondisi anda untuk berlaku seperti:
- kurang pengaliran darah kepada bahagian kaki dan tangan
- penyakit anemia
- kencing manis
- hipotiroidisme
- kekurangan vitamin B12
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mengalami simptom seperti perubahan warna pada jari dan kuku, sesak nafas atau kesakitan pada kaki dan tangan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana pemeriksaan yang teliti perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.