
Sulit
3 tahun
Kenapa Tangan saya menggigil secara tiba tiba
bermula hari Jumaat sehingga sabtu jari-jari saya mula berasa kebas-kebas sewaktu saya membuat kerja menggunakan laptop dan handphone… hari ni tangan saya mula menggigil mula pada jam… 4 ptg atau 5ptg… tangan saya menggigil lebih teruk pada jam 6ptg… secara tiba-tiba… tapi berkurang apabila say berehat dari membuat kerja… dan jam 10 saya mula semula membuat kerja… tangan saya menggigil semula… bila saya fikir lebih banyak… tangan saya lebih menggigil… saya ada rakaman pada jam 6 dan jam 10… saya harap doktor boleh beri jawapan secepat mungkin… TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, selain daripada penyakit Parkinson, terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan masalah tangan menggigil:
- Essential tremor (tangan menggeletar tanpa sebab)
- Penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- Kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- Pengambilan kafein berlebihan
- Penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- Anxiety (kegelisahan)
- Gula dalam darah rendah
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.