
Sulit
4 tahun
Kencing kerap dan pinggang terasa bengkak sebelah kiri
salam doc. sy wanita 24tahun belum berkahwin, sy dari umur 11 tahun hingga ke hari ini akan makan maggie setiap hri samaada waktu malam atau pagi hari sudah menjadi habit . 3minggu kebelakangan ini sy kerap kencing walaupun sy kurang minum air dan tak rasa sakit atau apa semasa membuang air kecil . tapi sy perasan bahagian sisi kiri bdn (pinggang) sy seperti bengkak dan sakit jika sy berbaring dan buat tidur malam sy terganggu selama 3 minggu ni . sy juga kerap sakit perut bawah dan sy bukan jenis tahan kencing . harap doc dapat membantu sy adakah sy ptut ke hosp atau tidak . tq doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Masalah pinggang bengkak yang anda nyatakan perlu diperiksa dengan lebih mendalam, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Sembelit
- Usus tersumbat
- Cyst Ovari
- Fibroid rahim
- Kanser ovari
- Jangkitan kulit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.