
Sulit
4 tahun
Kencing kuar nanah kencing pon sakit..Lelaki 36 tahun keluar nanah di bahagian kemaluan.. sejarah sy ad ltak di kemaluan untuk onani.. adakah sebab bedak tersebut. Atau lain punca
Lelaki 36 tahun keluar nanah di bahagian kemaluan… sejarah sy ad ltak bedak di kemaluan untuk onani… adakah sebab bedak tersebut. Atau lain punca

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keluarnya nanah dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Maka, bagi mengelakkan situasi memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor. Selain untuk mendiagnosis, sesetengah ubatan seperti antibiotik memerlukan preskripsi dan arahan pengubatan oleh doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan. Ini adalah supaya rawatan yang tepat dengan diagnosisi dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.