
Sulit
5 tahun
Keputihan bertukar warna coklat,gatal,berbau
Hi doc.sy 26thn,ada masalah keputihan.Dah 3hari keputihan sy bertukar warna coklat,berbau dan gatal. Sy ada berasa sakit apabila bersama suami.disebabkan kurang keinginan bersama.2016 Sy pernah menjalani rawatan di HKL Pakar (Dermatology) beberapa bulan disebabkan ada ketuat di kemaluan sy dan selalu berasa gatal. Pernah ambil sample keputihan dan disahkan ada kuman. Selepas ketuat hilang,tak perlu follow up disana.Sy diberi ubat sapu(Freederm gel) utk kurangkan rasa gatal.Sy bergantung pada ubat sapu sampai sekarang. Dan rasa gatal setiap bulan.Perlu ke sy follow up balik di HKL(Dermatology) atau jumpa doc di klinik biasa shj?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Nasihat saya, anda berjumpa dengan doktor biasa. Mereka akan melakukan pemeriksaan ke atas anda terlebih dahulu dan sekiranya masalah anda memerlukan doktor pakar, mereka akan merujuk anda ke doktor pakar yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat kemugkinan berlaku jangkitan penyakit kelamin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.