
Sulit
5 tahun
Keputihan berwarna coklat selepas bersalin dan sakit ketika bersama
Saya wanita umur 25 tahun , mempunyai seorang anak berumur 1 tahun . Sejak kebelakangan ini selepas saya period, keputihan saya berwarna dan sakit apabila saya bersama dengan suami . Setiap kali saya tukar pantyliner , mesti penuh . Kadang-kadang berbau tetapi tidak gatal . Lendiran tersebut sering keluar . Boleh bagi keterangan doktor ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Nasihat saya, anda berjumpa dengan doktor biasa. Mereka akan melakukan pemeriksaan ke atas anda terlebih dahulu dan sekiranya masalah anda memerlukan doktor pakar, mereka akan merujuk anda ke doktor pakar yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat kemugkinan berlaku jangkitan penyakit kelamin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.