
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna kuning dan sangat berbau
Salam sejahtera Dr. Saya wanita berumur 20-an dan belum berkahwin. Saya sudah mengalami keputihan hampir 2 tahun. Pada awalnya, saya anggap ia perkara normal sahaja tetapi keputihan yang saya alami sering terjadi setiap hari. Ianya cecair berwarna kuning (kadang-kadang berwarna putih), keluar dalam kuantiti yang banyak dan sangat berbau sehingga saya amat risau jika orang di sekeliling mampu menghidunya. Saya perasan bahawa keputihan ini keluar sejak selaput dara saya pecah akibat kemalangan kecil dan saya tak pernah ke hospital untuk memeriksanya. Saya amat risau jika ianya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jika saya ke hospital, apakakah jenis rawatan dan pemeriksaan yang akan dijalankan oleh para doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah lendiran putih yang pekat mahupun berair dan berbau boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah