Anonymous
4 tahun
Keputihan berwarna kuning
Saya nak tanya , saya wanita berumur 20an . Saya punya keputihan berwarna kuning . Saya seorang pesakit SLE dan makan ubat seperti folid acid , hydrochloquen dan methatroxide . Dlu pernah makan steroid . Adakah ia kesan dari pengambilan ubat atau lain lain ? Adakah normal atau tidak ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah keputihan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin berjangkit seperti gonorrhoea, trikomonas
Pengambilan ubat seperti steroid dan modulator imun adalah antara risiko kepada jangkitan kulat dan bakteria pada kemaluan. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.