
Sulit
3 tahun
Keputihan dan gatal di kemaluan
dalam bulan lepas sy ada ke klinik dan dapatkan ubat fungas, kawa kencing dan doktor disana beri sekali pencuci wanita. dan sy tlh mengikut arahan yg dh beri utk kegunaan ubat tersebut.
tapi sejak kebelakangan ni, kegatalan makin teruk dan keputihan agak byk. susah utk sy bekerja dan bergerak. sampai susah untuk tidur malam.
sebelum ni juga sy ada sejarah fibroid dan dah buat ultra sound juga. tapi doktor dah sah kan fibriod mengecil dgn sendiri.
boleh sy tahu jalan penyelesaian?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gatal pada kemaluan dan keputihan. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- Ketidak seimbangan hormon
- Gaya hidup yang tidak sihat
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Bagaimanapun, kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Kami harap jawapan kami membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian untuk maklumat lanjut.