
Sulit
4 tahun
Keputihan kering kering dan gatal
Saya wanita berumur 28 tahun dan belum berkahwin…2 3 hari yang lepas saya ada rasa kegatalan di bahagian faraj…tadi tergerak hati nak cek…tengok di bahgian faraj…terdapat keputihan yang kering dan melekat…tapi tidak berbau…cuma ada rasa gatal - gatal…tadi cuba untuk buang & tarik sikit2 keputihan yang kering tu…sekarang dah kurang rasa gatal…cuma perasan…dalam bahagian faraj…masih ada keputihan yang kering…apa yang patut saya buat…adakan ini keputihan biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan dan kegatalan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Antara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Sebaiknya anda berjumpa dengan doktor sekiranya masalah yang anda hadapi menjejaskan keyakinan diri serta aktiviti seharian anda. Sekiranya ia disebabkan jangkitan, ia perlu dirawat dengan ubat yang hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor. Untuk info lanjut berkaitan masalah anda, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.