
Sulit
4 tahun
Keputihan ketulan seperti tisu koyak
Saya perempuan berumur 20 tahun… saya mengalami keputihan yg berbentuk sprti ketulan tisu… saya ada mengambil ubat candid V1 sebnyak 2 kali… tapi bukan dlm satu jarak masa yg rapat… tp masih blum smbuh dgn baik jgk… ada ubat lain tak yg saya bleh ambil utk smbuhkan keputihan sya ni… kadang-kadang faraj akan berasa gatal bila terkena lendir keputihan… tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sebelum mendapatkan rawatang yang sesuai, punca sebenar kepada masalah anda haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.