
Sulit
5 tahun
Keputihan serta gatal
Saya wanita, telah berkahwin dan belum mempunyai anak. Berumur 25 tahun. Saya ada masalah keputihan yang berketul seakan susu basi, berwarna putih kekuningan disertai rasa gatal dan tidak selesa. Bagaimana cara saya menghadapinya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak cik, masalah keputihan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis (kandidiasis)
- Radang faraj
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut seperti sampel keputihan dan status kesihatan lain adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terdekat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.