
zulianaidris85
5 tahun
Keputihan warna hijau awal kehamilan
Saya wanita berusia 34 tahun… sye pernah mengalami kegguran awal tahun nie tadi… sekarng nie sye hamil lagi. Usia kandungn sye sebulan. Sye ingin tahu mcm mane nk merawat keputihan wrna hijau awal kehamilan. Tapi keputihan itu x de rase gatal dan berbau hanyir. Cuma warna dia je ber wrna hijau… kuantiti pun tidak banyak. Sampai membasahkan pakaian dalam sye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keputihan sewaktu hamil muncul akibat perubahan dalam keseimbangan yis dan bakteria yang biasanya hidup di dalam vagina sehingga menyebabkan lapisan vagina menjadi radang. Antara penyebab terjadi masalah ini adalah seperti berikut:
- Penggunaan antibiotik
- Perubahan hormon disebabkan oleh kehamilan, penyusuan badan, atau menopaus
- Vaginal douching yaitu amalan mencuci vagina dengan memasukkan air
- Spermisida
- Hubungan seksual
- Jangkitan
Sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan doktor agar dapat ditatalaksana dengan baik sebelum keadaan memburuk. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.