
Sulit
4 tahun
Keputihan yang teruk dn menyebabkan ketidakselesaan
normal ke kputihan bg perempuan kdg boleh jd sedikt teruk keluar berketul dan sedikit berbau . ada tk cara utk selesaikan masalah ni . thankyou

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, keputihan yang berketul, berair dan berbau boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah