
Anonymous
5 tahun
Keputihan yg melampau
Hai dr, saya Huda berumur 25 tahun bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Dari dulu saya mmg ada masalah keputihan yg melampau. Tapi sejak 2 bulan yg lalu keputihan saya sukar dibendung. Saya hilang selera makan, tidur terganggu dan sukar mnjalani kehidupan sperti biasa terutamanya di tempat kerja. Keputihan seperti susu basi dan fajar saya menjadi kering dan pedih setiap kali mencuci kemaluan saya. Hal ini merisaukan saya kerana saya bakal berkahwin dan adakah akn memberi kesan terhadap kesuburan utk mengandung kelak ? Boleh dr suggest apa yg perlu saya praktikkan utk mengatasi hal ini. Berjumpa dgn dr klinik saya kurang yakin kerana malu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Keputihan yang terlalu banyak dan berbau atau berwarna lain biasanya adalah tidak normal dan boleh berpunca daripada:
- Jangkitan kelamin
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis (kandidiasis)
- Radang faraj
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan terjadinya masalah di atas kerana menggangu persekitaran faraj seperti kerap menggunakan pencuci faraj terutamanya yang mengandungi banyak pewangi dan kandungan bahan kimia yang merengsakan kulit.
Oleh itu, cik dinasihatkan untuk tidak mengamalkan tabiat mencuci dengan pewangi faraj ini kerana ia merupakan salah satu faktor masalah keputihan dan kegatalan yang anda hidapi.
Selain itu, cuba gunakan pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas serta elakkan pakaian dalam yang ketat. Ganti pakaian dalam dengan kerap terutamanya selepas berpeluh dan basah.
Jika masalah ini disebabkan oleh jangkitan kulat, cik boleh dapatkan ubat anti-kulat di talian EPHARMACY kami sleeps bercakap dengan pihak kami. Ubatan tersebut boleh terus dihantar ke rumah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.