
intansuria01
5 tahun
Kerap berasa mengah, pedih ulu hati,sesak nafas,pening dan mudah letih
Saya berusia 33tahun, saya kerap letih,pening, pedih ulu hatu.kadang kala sesak nafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kemungkinan yang anda alami adalah pedih ulu hati. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.