
Eeliey90
5 tahun
Kerap bersin dan selesma
Saya seorang lelaki berusia 31 tahun. Saya mengalami selesma yang saya anggap ringan kerana saya mengalami kerap bersin tidak kira di mana sahaja. Apabila bersin air keluar meleleh dari hidung, mata berair dan kahak keluar berwarna jernih dan ketul yang tidak cair. Namun hidung saya tidak tersumbat dan saya bernafas seperti biasa cuma ada mukus dan kerap bersin dalam hidung saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan Rhinitis (Allergic Rhinitis)
- Radang Sinus (Sinusitis)
- Jangkitan virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.