
Sulit
4 tahun
Kerap buang air kencing pada waktu malam
Saya wanita berumur 37 tahun,kerap buang air kencing pada waktu malam,waktu siang normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda tentang masalah kerap buang air kecil pada waktu malam yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, secara amnya, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk info lanjut tentang masalah ini secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih