
Sulit
4 tahun
Kerap mengalami pening
Saya umur 16 semenjak ni saya kerap mengalami pening contoh bila saya baring main fon saya bangun dan mahu berjalan terasa pening kdg kdg mcm nk jatuh. Bila duduk and nk bangun pon sama pening tgk sekeliling semua kabur berputar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala pening kepala, penglihatan kabur dan badan terasa lemah atau mahu pitam tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saraf di bahagian kepala
- gangguan endokrin atau metabolisme tubuh
- badan kekurangan gula
- badan tidak cukup rehat
Atau ia juga boleh berpunca dari
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Saya menasihatkan anda untuk cukupkan makan dan rehat terlebih dahulu, namun sekiranya gejala masih berlanjutan atau bertambah kerap / berat, sila berjumpa dengan doktor segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Secara amnya, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.