
Sulit
3 tahun
Kerap rasa sakit dan tidak selesa pada bahagian ari-ari
Salam sejahtera. Saya remaja berumur 15 tahun. Saya sering rasa tidak selesa dan sakit pada bahagian ari-ari. Namun, kitaran haid dan keputihan saya normal sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pada bahagian ari-ari. Kami akan membantu anda dalam perkara ini.
Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian ari-ari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keradangan pelvik
- Appendisitis kronik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .